Wednesday, October 29, 2014

Perlawanan Persahabatan Ragbi SK Sungai Binjai



    Video diatas menunjukkan salah satu aktiviti kelab kami dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang lain.

Kenali Pemain Ragbi Kelas Dunia


Jonathan Peter Wilkinson


      Jonathan Peter Wilkinson OBE (lahir 25 Mei 1979 di Frimley, Surrey) adalah seorang pemain kesatuan ragbi Inggeris dan seorang ahli pasukan kesatuan ragbi kebangsaan England. Dari 2001-2003, sebelum dan semasa Piala Dunia Ragbi 2003, Wilkinson meningkat masyhur dan diiktiraf sebagai salah seorang pemain ragbi terbaik di dunia.[2] He was an integral member of the 2003 Rugby World Cup winning England squad, scoring the winning drop goal in the last minute of extra time against Australia. He plays his club rugby in the Guinness Premiership for Newcastle Falcons. Wilkinson has also toured twice with the British and Irish Lions, in 2001 and 2005, scoring 67 Test points in the 6 Lions test matches he has started.

Ukuran Padang Ragbi

Contoh ukuran padang ragbi.



Peraturan Ragbi


Setiap permainan ada peraturannya yang tersendiri. Begitu juga permainan ragbi. Setiap pemain ragbi mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan ragbi ini, sila klik gambar di bawah.


Semoga membantu ! :)

Contoh Permainan Rugbi



Video diatas adalah salah satu contoh sukan ragbi peringkat sekolah rendah. Ragbi Rimau namanya. Ini bertujuan untuk memberi penerangan secara lebih realiti kepada pelajar SK Sungai Binjai =.

Sejarah Permainan Sukan Ragbi


        Sejarah permainan ragbi ini bermula pada tahun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah yang bernama Rugby School di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa perlawanan bola sepak, tanpa diduga beliau telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakan-rakannya berasa marah, dan terus mengejarnya. Yang menarik, lagi kuat Ellis berlari, lagi ramai rakan-rakannya mengejar. Akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu disertai pula rakan-rakannya. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru




     Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakanrakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.


Artikel tersebut telah menyebut, iaitu tindakan Ellis yang menimbulkan idea kepada permainan ragbi bukanlah ketika dia menangkap bola, tetapi adalah tindakannya berlari ke hadapan sambil bola berada di tangannya, sehingga tiba di gol lawan. Bagaimanapun tiada pula rekod yang menceritakan tindakan Ellis setelah tiba di garisan gol lawan itu. Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina batu asas memperingati peristiwa ini. Pada batu tersebut dicatatkan catatan berikut: With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and ran with it, this aroginating the distinctive features of the rugby game.